Tuesday, November 17, 2009

sEgAlA-GaLa NyE pEnAT

pregnancy kali nih betol2 membuatkan aku penat. BP aku low, nak layan haziq,tdo,rest tak penah nye ckup. tu tak masuk part keje lg.setakat wat keje larat la gak.nih dh samp5 kena g miting yg mana aku terpaksa jln kaki dan keadaan aku yg tak stabil nye...ermmmm...terdiam seketika memikirkan nye.wpun...bilik aku ader sofa leh la aku meng 'rest' kan diri dan kdg2 terlena (oppsss!!!!) korg jgn jeles plak tau bilik aku ader sofa.allah bg rezeki dan itu la pengorbanan yg aku kena tempohi.alhamdulilahhhhhhhhhhhhhh

sebeno nye aku agak xcited dgn pregnancy aku kali nih.dh 6 bulan pun.rs cam 1st time je.tak sabo nak deliver.aku dijangka deliver on MAC 26,2010. dan aku juga tak sabo nak tau jantina baby.gurl ke boy..boy ke gurl..aku tak kisah la asalkan semua nye sempurna sebagai manusia.

haziq dah 9 bulan makin menganaz. fabret place dapur la...suka mengemas dapur.kalu papa dia tgh masak siap la dia pun nak tlg. dan aku ditugaskan menjaga dia. samada dia dlm walker or merangkak dia akan ke dapur. fuh penat aku ngejornye.dh le aku tak larat...nnt nak pandai jln tak tau la camner umah aku. cam tongkang pecah le umah aku..seme brg umah dia kemas...hehehehe...

2,3 ari nih aku tak sihat.asyik2 muntah je samp5 penat dibuatnye.ari ni je da 3 kali.selera mkn tak bape ader. kalu cuti aku byk lg aku cuti jek tak de la aku nak gagah kan diri g opis. lusa aku ader 2 miting pg,ptg..adehhhhhhh pengsan la aku nnt iyerla nak kena jln kaki ke sana lg.bkn nye jauh pun dekat jek.tp keadaan aku nih yg tak mengizinkan aku nak jln sedekat itu..aku paling riso pengsan n tempat tuh org tak kenal aku..ha..naya jek nnt..tp dh tanggungjawab aku gagahkan gak la..hrp2 la aku tak pengsan ekkkk...

Monday, October 19, 2009

Haziq Dah 8 Bulan

emmm...lama betul aku tak update family blog nie.buat masa ni keadaan tidak berapa mengizinkan dan sekarang sibuk dgn urusan kerja dan menjaga anak.nak cari idea nak update blog pun takde.padahal tenet kat umah 24 jam boleh online...aku jek yg berasa mls nak update.

pejam celik..pejam celik haziq dah pun berusia 8 bulan.dah semakin handsome dan bergaya anak aku nie.setiap hari ade aje benda baru yag dia nak belajar dan tunjuk kat papa dan mami dia.gigi pun dah tumbuh...makin geram haziq mengigit..mami..hujung minggu ni kita bawak haziq jalan2 yek..dah lama tak bawak dia pegi jalan2...sian kat haziq.



Wednesday, October 7, 2009

.......

dah lama tak update blog nih.bkn mls tp masa tidak mengizinkan. dengan keadaan aku yg peknen kali-2 (korang jgn nak kutuk lebih2 ok!) morning sickness yg teruk, haziq yg sedang membesar dgn sihat & aktif sehingga papa & mami tak larat nak jg....

bersambung..tak tau la bila

Tuesday, July 7, 2009

HaPPy aNniVerSarY


ari nih 7 Julai 2009 genap la usia perkahwinan aku yang ke 2.alhamdulilahhh aku bersyukur sgt dengan jodoh yang diberikan..dalam 2 taun nih gak lah aku dikurniakan seorg anak lelaki yg agak2 ensem cam mami nye..(opppsss!!) berusia 5 bulan.dh beso pun. aku berdoa semoga perkahwinan kami nih akan berkekalan hingga ke akhir hayat..
AMIN...............................!!!

**terima lah hadiah yang tak seberapa nih..ader lah 2,3,4,5......!!**


p/s : hasben..thanks 4 being such a good man and a great papa to us (mami & haziq)
thanks 4 being understanding & sporting


Sunday, June 28, 2009

KING AT ALAMANDA PUTRAJAYA

Lepas sessi melantak nasi minyak di majlis kenduri kawin di UPM, maka 3 beranak ini pulang ke rumah untuk acara tido berjemaah. baby haziq bukan main gembira lagi hari ni dpt jalan2. mulut pulak tak berhenti bercakap.mcmlah papa dan mami paham apa yang baby haziq cakapkan.hahahahaha.....
selepas selesai aje sessi acara tido berjemaah, maka papa, mami dan baby haziq bersiap untu ke alamanda bagi sessi melantak lagi.mami berhajat nak makan kenny rogers, tapi apakan daya, manusia2 terlalu ramai yang beratur utk mkn si kenny rogres ni.maka mami terpaksa menangguhkan hasratnya itu dan menukar menunya ke burger king pulak. baby haziq pulak hari ni dpt jalan2 tak banyak ragam dia.senyap aje dan seperti biasa mulut tetap tak diam...ade jek benda dia nak ngomel....layankan aje.....

Old Scholl......


Baby Haziq dapat topi burger king aje.nak mkn burger tak boleh lagi....baby haziq masih kecik lagi.....

Akibat tidak memberikan Baby Haziq mkn burger king, baby haziq telah bertukar menjadi baby Hulk lah pulak....ggggrrrrrrrrrrrrrrrr,.....

KEMBALIKAN RAMBUTKU

adeh......hari ni penat merayap bersama my wife dan baby haziq.namun dah pukul 2.30 pagi mata tak penat2 jugak.tanda2 nak tido pun takde lagi. si ibu dan si anak sedang enak berdengkur....aku jugak yang tak berdengkur2.hehehehe....tgh layan tv tetiba aku teringat kembali gambar ketika baby haziq memotong rambut siang tadi di presint 8. dengan pantasnya aku membuka laptop dan membuka internet.

tidak ku sangka baby haziq ni baik budaknya.di saat uncle hussein..eh silap.di saat uncle kedai gunting tu nak potong rambut di menggunakan mesin dia diam aje...mula2 aku risau juga manalah tau baby haziq ni menangis atau melalak disebab\kan takut dengar bunyi mesin tu...tapi keadaan sebaliknya......baby haziq cool aje...tak caya...tgk gambar ni.syabas betehhhhhh...













apa ni uncle pegang2 kepala i ni.












siaplah,nanti i cakap dgn atok dan nenek i baru tau.






uncle, jambul i u jangan potong aaa...nanti takde cim2 nak ngorat i tau.






alamak, ade cim2 lalulah...peewiittt.,,,,tgklah i potong rambut nie.handsome tak i.

Sunday, June 14, 2009

SuSAhnYe nAK TidO!!

tgk saje la perangai haziq b4 tdo mcm dia buat...dh puas hati dia br leh tdo.selagi dia tak puas ati dgn ape yg dia nak buat selagi tuh la dia akan menyusahkan papa n mami nye..tuh seme menduga kewibawaan papa n mami...tak pe la haziq papa n mami tak kisah..jgn haziq buat yg bukan2 sudah....layannnnn






Tuesday, June 9, 2009

HAZIQ 4 bulan

dh masuk 4 bulan nih kemain susohnye nak tdo.tiap kali nak tdo mesti kena berperang dgn papa or mami. dh mcm starwars dh nih. Haziq kalu mengamuk dia guling2 dlm buai dia siap dgn menjerit2 dan sepanduk yg tertulis 'saya tak nak tido'. masalahnye dh pukul 12 tgh malam. papa dan mami ada 'projek' plak niih....uishhh lucah tuh..hehehe bkn projek ekk nk tdo la. kami bergilir2 buai haziq yg masih mengamuk dlm buai tuh..bila bw kuar dr buai kemain suke nye senyum sampai ke telinga dh.lps tuh mulut tak reti nak stop berckp.membebel jek dh le papa dan mami tak fhm..translate plsssss!!! baring pun Haziq tak nak asyik nak berdiri jek.bila letih dia ddk kejub than berdiri blk..aduihhh penatnye lyn haziq nih. dah mengalahkan putera raja. nih br haziq sorg belum adik haziq lg...adik?? haziq nak adik ke ....erm...
====================================================================
bila nak tdo plak haziq kena guling2 dlm buai dulu.lps tuh nak papa n mami nyanyi.lagu kena best kalu lagu2 tangkap leleh nih haziq tak main lah. kalu lagu tak best lg kuat dia jerit dlm buai.ok lah mami nyanyi lagu twinkle twinkle little star...samp5 suare mami nih dh serak dan kekdg lupe lirik semata-mata nak lyn haziq..klu gini gaye nye sure tak leh masuk game jgn lupe lirik nnt kena boo dgn penonton..
~sempat lagi pose~

~baru lps ngamuk~

Wednesday, June 3, 2009

HAZIQ ASHYRRAF DENGAN TOPI BARUNYA

Hari tu papa dgn mami pegi JJ shopping barang2 haziq.adalah 2-3 barang haziq yang kami beli.antara yer topi dan juga sarung kaki.tapi sarung kaki haziq yang baru beli ni tak berapa muat dgn betisnya yang semakin besar....sihat sungguh haziq ashyrraf ni.takpe, nanti papa dgn mami akan belikan yg lain key.klu takde gak, kita mintak stokin kat santa cluas.stokin dia lagi besar..boleh letak mcm2 hadiah.hehehehe...
ok, mari kita tgk gambar haziq bergaya dengan topi baru yer.

what's up bebeh...yo..yo..yo...
ini pilihan topi dari mami untuk haziq ashyrraf....haipp...otosan...
yang ni pulak pilihan papa untuk haziq ashyyraf...barulah cim2 pandang.hehehehe

Sunday, May 24, 2009

HAZIQ BERTT DI ALAMANDA






fuh,,,,penuh gilak foocourt alamanda mlm jummat lepas.ahli PROSBOC (Proton Saga BLM Owner's Club) telah berkumpul di food court Alamanda untuk meraikan Ulangtahun penubuhan Kelab Kereta PROSBOC. Haziq juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dgn rakan2 papanya dan juga cim2 yang hadir pada mlm itu.



nak tgk gambar sekitar majlis ulang tahun club prosboc sila tekan sini - http://razaidi.fotopages.com

Monday, May 18, 2009

HaZiQ ke spital

dlm kul 10 papa HAZIQ kata badan HAZIQ panas sgt.papa HAZIQ ajak g klinik.dh kul 10 klinik mana yang buka.aku suggest kan ke spital terus.HAZIQ plak tgh tdo.tp kdg2 meracau..aku tak sangka tol badan HAZIQ akan panas cam tuh.aku terus siap2.HAZIQ plak tetiba nangis..



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


HAZIQ tgh nangis masa sampai di spital.dh le jln ke emergency tuh plak tibe2 tutup.kena maki la dgn papa HAZIQ.rupenye tutup jln tuh cuz wat khemah kuaranti kot2 ader kes H1N1 plak kan.dh terpaksa ikut jln lain.nasib kat emergency tuh aku tak perlu tggu lama.ms tuh HAZIQ dh stop nangis.walaunpun demam beliau tetap senyum....cayalah HAZIQ..


~HAZIQ & papa~


~HAZIQ baru lps nangis~


~HAZIQ tak sabo jupe doctor~

Sunday, May 17, 2009

HaZiQ DeMAm.....

hari sabtu lepas ketika aku tinggal berdua aje dgn haziq, suhu badan dia naik.rasa panas sangat badan dia.bagi susu pun dia tak nak minum.aku syak yang haziq demam.aku biarkan haziq tido dahulu.kesian aku tgk baby aku sorang ni, dah ler demam, minum susu pun sikit2 aje.dlm pukul 11 mcm tue haziq dah bangun, so aku siap2 kan air suam utk dia mandi.hari tu, aku mandikan haziq.biasanya mami haziq yang mandikan, tapi oleh kerna mami haziq ade kerja so akulah yang mandilan haziq pada hari tu.

nasib baiklah haziq tak takut mandi atau main air.cukup suka dia bila aku siram badan dia dgn air suam.siap melompat2 lagi walaupun haziq demam.suka sangat dia main air.aku sabunkan badan haziq, aku syampookan rambut dia dgn mengunakan syampoo bayi...lihat, tak pedihkan mata.guna jari pun boleh...hehehehe.


Lihat...tak pedihkan mata pun....
lepas mandi mcm biasa aku meniarapkan haziq untuk melakukan sessi massage badan.haziq ni mmg cukup suka klu lepas mandi org urutkan belakang badan dia.lagipun menurut pakai kesihatan kanak2 bila ibu bapa mengurut badan bayi, ianya akan membuatkan bayi kita lebih akrab dgn ibu bapa. so aku pun mulakanlah sessi massage ini.....


hai, adik kecik....mau massage ka...

setelah selesai memandikan haziq dan mengurut haziq, tibalah masa untuk bagi haziq tido..sebelum tido tampalkan dia dgn Cool Fever..sian haziq, demam dia sekarang nie...



kesian haziq, demam pulak dia hari ni.demam2 pun tetap

haziq nak bersembang dgn mami dan papa nya.

Friday, May 15, 2009

sIaN HAZIQ

ari ni aku ke kl urusan keje..tibe2 pengasuh HAZIQ msg:

pukul 7.40 pagi
P : fza tak bw nestum HAZIQ ke?
F : nestum dh habis la kak.fza tak sempat beli

pukul 10.00 pagi
P : anak meragam minum susu skit je.slalu akak campur nestum habis susu dia minum.dia tak puas minum susu tak de nestum.dh minum susu dia isap jari plak.anak lapar..
F : la ye ke..fza kat kl nih ader keje

terus terdetik hati aku.mula la rasa bersalah kerana tak beli nestum HAZIQ.tak tenang aku dibuatnye.ikutkan hati nak je aku blk ke putrajaya dan beli nestum HAZIQ..adussssss

burok nye muka!

sori sayang mami tak perasan HAZIQ nak beso,

mami tak perasan HAZIQ dh makin kuat minum susu,

mami janji lps nih mami akan terus alert psl HAZIQ ok!

mami minta maaf byk2 sayang....

ngumpat mami kat papa ekkk ...


~ari2 mami rindu HAZIQ~





Tuesday, May 12, 2009

SKILL TERBARU HAZIQ TIDO.

dah masuk 3 bulan ni mcm2 perkara baru yang aku dpt saksikan. sekarang ni haziq dah pandai tido menyenggetkan badan yer. mungkin haziq lebih selesa sekarang ni tido mcm tu.yerlah lagipun kat putrajaya ni tiap2 mlm panas.entah bila nya nak hujan lebat2 membasahi bumi.ish..ish..ish..lena betul anak bujang aku ni tido.


sian haziq tido dlm kepanasan malam..hujan oh hujan kenapa ko tak mau turun....

Monday, May 11, 2009

HaZiQ yang dah 3 BuLaN

HAZIQ dah 3 bulan nih mcm2 perangai dia.lebih2 lg HAZIQ dh dpt lesen P meniarap.makin ganaz skrg nih.tdo pun asyik nak mengereng jek.kdg2 dlm buai pun dia nak mengereng....yg terbaru nih ms tdo dlm buai dia nak bertepuk dan nyanyi.nasib la papa n mami nih suara sedap lena HAZIQ tdo.papa n mami siap duet lagu cinta lagu jiwa lg khas utk HAZIQ tau.tak sia2 belajo vokal dgn cikgu shafi(taun depan mami masuk AF8 plak). lps2 nih tak tau la ape lg HAZIQ buat.kita tggu jek la entry lainsayang papa.....




Saturday, May 9, 2009

J-Card Day At JJ Puchong

Fuh, aku ingatkan tak ramailah yang pegi shopping time J-Card day kat IOI puchong ni.sekali punyalah jem teruk jalan nak kesana.dah ler nak sampai ke JJ puchong tu mengambil masa hampir 2 jam.sedangkan perjalan yang biasa putrajaya ke puchong adalah 20 minit aje.
tapi sib baiklah kereta ku auto.so takdelah lenguh kaki menekan pedal minyak dan pedal cluth keta.tapi hangin gak bila ade pemandu2 yg tak reti nak beratur dan memotong depan keta dgn tak memberi signal.kalu langgar sapa susah..aku jugak yang susah..dah kena ganti bumper subaru utk ketaku.hahahaha,.....

sampai aje di IOI, lagi satu masalah...PARKING!!!!!!!!! punyalah banyak makhluk2 yang bernama kereta kat situ.penuh semua parking.nak cari parking aje dekat sejam setengah aku pusing2 kat area parking IOI tu.sampai keluar jugaklah sumpah seranah aku bila tak dpt nak pakring.last2 aku dah mls nak cari pakring aku park je sementara tunggu org2 dlm JJ tue kuar.

akhirnya dpt jugak aku parking kereta.perut dah lapar, so kita org pegi mkn dulu kat Tapayaki.kebetulan haziq tengah tido..so aku dgn wife ambik keputusan untuk mkn dahulu.

selesai mkn, kita org terus pegi ke JJ.kononnya nak shoppinglah..tak sampai pun depan pintu masuk JJ, org dah beratur panjang semata2 nak masuk JJ.siap kena tunjuk kad JJ lagi nak masuk dalam.yang mana takde JCard, kenalah buat dulu di kuantar luar.so aku dgn wife masuklah dlm JJ tu.Ya rabbi..........banyak yer makhluk2 manusia kat dlm tu.punyalah sesak sampai nak tolak troli anak pun dah tak boleh.terlalu ramai sangat org yang menghabiskan duit mlm tue.
mana tidaknya, potongan harga barang sehingga 70%- 80%..tak caya tgk nie.

walaupun org ramai aku tetap redah jugak utk membeli baby walker utk anak aku.dan akhirnya kita org dpt membeli barang tersebut.inilah barang yer.walker haziq ni boleh bertukar menjadi kuda...tak caya jm tgk tranformasi walker haziq.

ini kotaknya


ini pulak walker ye



atobot....transform..............cot...cet..cot cet...


haziq mencuba walker baru yer.....

Monday, May 4, 2009

AKU KENA SAMAN!!!!!!

Tension betul aku hari ni. dah ler mood nak kena takde. lepas sarapan tadi aku terus pegi pejabat pos konon yer nak ambik surat berdaftar yg aku terima. hati mula berdebar-debar menanti kerani pejabat pos tu mengambil surat aku. sekali bila aku terima surat tu dan aku bukak surat tue..aduuiiiiiiiiiiiii, kena samanlah pulak.hampeh tullah.



duittt...duit....duit.....

Sepohon Kayu......

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun,
Lebat Bunganya Serta Buahnya,
Walaupun Hidup Seribu Tahun,
Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya,
Walaupun Hidup Seribu Tahun,
Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya,
Kami berkerja sehari-hari,
Untuk belanja rumah sendiri,
Supaya Allah menjadi sayang,
Kami berkerja hatilah riang,
Supaya Allah menjadi sayang,
Kami berkerja hatilah riang,
( ulang 1 )
Kami sembahyang fardhu sembahyang,
Sunat pun ada bukan sebarang,
Hidup di kubur yatim piatu,
Tinggallah seorang dipukul dipalu,
Hidup di kubur yatim piatu,
Tinggallah seorang dipukul dipalu,
( ulang 1 )
Dipukul dipalu sehari-hari,
Barulah ia sedarkan diri,
Hidup di dunia tiada bererti,
Akhirat di sana sangatlah rugi,
Hidup di dunia tiada bererti,
Akhirat di sana sangatlah rugi

NO CAMERA PLEASE.....




Haziq Ashyrraf dah pandai meniarap


emmm, diam tak diam usia Haziq dah masuk 3 bulan. Kejup je masa berlalu....dan tak lama lagi usia aku meningkat 30 tahun. dah 30 tahun baru ade seorang anak.emmm, dah itu rezeki yang tuhan bagi, alhamdulillah. Dengan kehadiran haziq dalam familyku, hidup kami bertambah gembira dengan gelak ketawa, tangisan Haziq ditengah malam, walaupun penat berjaga di tengah malam namun aku tetap menyayangi Haziq dan isteriku yang tercinta.

Aku bukan yer pandai untuk berbicara atau bermadah pujangga. Namun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana memberikan aku zuriat yang cukup sempurna dan comel. Haziq dah bangun, aku nak berikan dia susu....sambung lagi.....